Versi akhir, berkuat kuasa mulai 3 November 2026.

Versi
v4
Bahasa
Bahasa Melayu
Saiz
9100 bait
SHA-256
7d9fb781adcea37e8024214bde6c04458d3250d0ffe38c69a7c6d95d0d6e68ba

Teks kanonik yang dipautkan di bawah ialah dokumen itu; SHA-256 mengenal pasti baitnya yang tepat. Halaman ini memaparkan teks yang sama untuk dibaca.

Teks kanonik (teks biasa, bait tepat)


Terma Perkhidmatan - kliniX

id: tnc | version: v4 | language: ms | status: final

1. Pihak dan perkhidmatan

Terma ini mengawal langganan kliniX oleh Klinik. Penyedia ialah KLINIX SYSTEMS SDN. BHD. (No. Pendaftaran Syarikat 202601043244 (1705339-P)), beralamat berdaftar di No. 23A, Jalan 4/11A, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Versi Terma ini berkuat kuasa mulai 3 November 2026.

kliniX ialah sistem pengurusan klinik yang dijual sebagai langganan tahunan. Wakil yang membuat pesanan bagi pihak Klinik hendaklah mempunyai kuasa untuk mengikat Klinik.

Setiap Klinik mendapat pangkalan data berasingan di Singapura dalam rantau ap-southeast-1. Aplikasi Klinik berjalan pada infrastruktur Hostinger di Malaysia, dengan pelayan aplikasi siap sedia di OVH, Singapura. Pemprosesan data diperincikan dalam DPA dan Notis Privasi.

Alamat berdaftar: No. 23A, Jalan 4/11A, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Alamat perniagaan dan surat-menyurat: No. 9 & 11 (Tingkat Bawah), Jalan Puteri 3A/7, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor. E-mel umum, sokongan, privasi dan insiden: hello@klinix.my. Hubungan: Dr Muhammad Faiz (Pengasas), faiz@klinix.my, +60 12-973 7418.

Ciri AI adalah pilihan dan dimatikan secara lalai. Ia hanya dihidupkan bagi Klinik selepas Klinik memilih (opt-in) di bawah Lampiran A DPA.

2. Pesanan dan onboarding

Klinik hendaklah memberikan maklumat pesanan dan bil yang tepat, termasuk nama sah, jenis entiti, BRN 12 digit, TIN, nombor SST jika ada, alamat bil, hubungan perniagaan, nombor sijil MOH serta nama/jawatan wakil yang diberi kuasa.

Sebelum bayaran, Klinik mesti boleh menyemak dan membetulkan pesanan serta melihat pelan, harga, cukai/jumlah jika berkenaan, kaedah bayaran, polisi bayaran balik, pembaharuan dan terma keluar. Selepas pembayaran, pengakuan pesanan akan diberikan. Penerimaan bayaran tidak semestinya bermaksud Klinik telah diaktifkan; pengaktifan berlaku selepas semakan dan proses penyediaan selesai.

Klinik mesti mengurus pendaftaran sebagai pengawal data menurut Pekeliling 1/2026, satu pendaftaran bagi setiap sijil MOH. Pangkalan data Klinik hanya dicipta selepas DPA diterima.

3. Tempoh, pelan, harga dan cukai

Langganan adalah untuk 12 bulan. Harga bagi tahun 2026: Basic RM2,000 setahun dan Premium RM4,500 setahun. Harga ini tertakluk kepada perubahan mulai tahun hadapan, dan harga yang terpakai hendaklah dipaparkan dengan jelas pada checkout sebelum Klinik membuat bayaran.

Harga dan cukai yang benar-benar terpakai akan dipaparkan sebelum pembayaran. Jika SST perlu dikenakan, jumlah SST dan jumlah keseluruhan akan dipaparkan. Jika SST tidak berkenaan, checkout hendaklah menyatakannya. kliniX akan mengeluarkan resit atau e-Invois mengikut kedudukan cukai dan invois yang terpakai pada masa transaksi. Invois dan resit pembaharuan dikeluarkan oleh KLINIX SYSTEMS SDN. BHD. dan boleh dimuat turun oleh pentadbir Klinik di Admin › Langganan.

4. Pembayaran

Bayaran dibuat melalui gerbang pembayaran yang digunakan oleh kliniX, kini toyyibPay. kliniX boleh menukar gerbang (contohnya kepada CHIP); gerbang yang digunakan dipaparkan pada setiap bil.

Setiap bil boleh dibayar melalui FPX. Sesuatu bil juga mungkin menawarkan bayaran kad sekali bayar; jika ditawarkan, harganya sama dengan FPX. Butiran kad dimasukkan hanya di halaman bayaran gerbang. kliniX tidak menerima atau menyimpan nombor kad.

Tiada caj automatik melainkan Klinik menghidupkannya. Jika kliniX menawarkan kad tersimpan dengan caj automatik pada tarikh matang, ia dimatikan secara lalai dan hanya pentadbir Klinik boleh menghidupkan atau mematikannya di Admin › Langganan. Selain itu, setiap pembaharuan dibayar menggunakan bil baharu yang mesti dibayar secara aktif oleh Klinik.

Butiran pembayaran langganan hendaklah menggunakan hubungan perniagaan sahaja. Sesiapa yang memegang pautan bayaran sesuatu bil, termasuk pautan yang dikongsi dari Admin › Langganan, boleh membuka halaman bayarannya, yang mungkin memaparkan butiran hubungan pembayar yang diberikan bagi bil itu. Pautan yang dikongsi tamat tempoh (7 hari secara lalai) dan Klinik boleh membatalkannya. Jangan gunakan butiran pesakit atau maklumat klinikal untuk bayaran langganan.

5. Polisi bayaran balik

Tiada bayaran balik, kecuali dalam dua keadaan berikut:

  1. berlaku bayaran berganda bagi pesanan yang sama, setakat lebihan bayaran tersebut; atau
  2. kliniX tidak dapat membekalkan perkhidmatan kerana pesanan ditolak atau Klinik tidak dapat dicipta, jadi Klinik tidak pernah mendapat akses.

Kedua-dua keadaan ini mesti dituntut dalam masa 7 hari daripada tarikh pembayaran. Permintaan selepas tempoh ini tidak akan dilayan.

Yang berikut tidak layak bayaran balik: bertukar fikiran selepas Klinik dicipta; berhenti menggunakan kliniX semasa tahun langganan; baki tempoh langganan yang tidak digunakan; dan tidak berpuas hati dengan ciri-ciri kliniX.

Polisi ini mesti dipaparkan sebelum bayaran. Permintaan bayaran balik hendaklah dibuat melalui hello@klinix.my dengan rujukan pesanan atau pembayaran perniagaan. Bayaran balik yang diluluskan diproses melalui kaedah pembayaran asal dalam 14 hari bekerja selepas kelulusan.

6. Pembaharuan

Setiap tahun. Kira-kira 30 hari sebelum tahun anda tamat, kami mengeluarkan bil pembaharuan dan menghantar peringatan melalui e-mel dan dalam aplikasi. Klinik boleh membayarnya di Admin › Langganan atau berkongsi pautan bayarannya. Jika tidak dibayar sebelum tahun tamat, terdapat tempoh tenang selama 14 hari dengan penggunaan biasa; mulai hari ke-15 klinik menjadi baca-sahaja; mulai hari ke-31 akses digantung. Kami tidak akan memadam rekod anda atas inisiatif kami sendiri.

Harga semasa dipaparkan di halaman pesanan dan tertakluk kepada perubahan tahun hadapan. Cukai yang perlu dikenakan pada masa pembaharuan tetap boleh ditambah atau ditunjukkan mengikut kedudukan cukai yang terpakai.

Pembaharuan tidak dicaj secara automatik melainkan Klinik telah menghidupkan caj automatik di bawah seksyen 4. Selain itu, Klinik perlu memilih untuk membayar bil pembaharuan yang baharu.

7. Tamat langganan dan baca sahaja

Baca-sahaja bermaksud: anda masih boleh log masuk, melihat dan mencetak rekod pesakit, serta mengeksport data anda. Lawatan baharu tidak boleh ditambah sehingga pembaharuan dibayar.

Digantung bermaksud: akses biasa kepada aplikasi Klinik berhenti sehingga pembaharuan dibayar. Rekod disimpan, dan Klinik masih boleh meminta eksport di bawah seksyen 8.

Pengaktifan semula selepas bayaran pembaharuan tertakluk kepada pengesahan bayaran dan proses operasi kliniX.

8. Keluar, eksport dan data Klinik

Klinik boleh memilih untuk tidak memperbaharui. Rekod perubatan kekal di bawah tanggungjawab Klinik/pengamal dan Klinik bertanggungjawab terhadap kewajipan simpan rekodnya.

kliniX tidak memadam data Klinik secara sepihak. Pemadaman hanya dibuat atas arahan bertulis Klinik, selepas eksport disediakan. Klinik boleh meminta eksport walaupun akses biasa telah digantung. Kaedah eksport akan menggunakan format yang tersedia dan munasabah pada masa permintaan.

Tamat langganan tidak sama dengan penutupan Klinik. Jika Klinik menutup operasi, kewajipan notis dan pengurusan rekod yang terpakai kepada Klinik kekal tanggungjawab Klinik.

9. Penggunaan akaun dan keselamatan akses

Klinik bertanggungjawab memastikan akaun pengguna diberi kepada orang yang sesuai, maklumat log masuk tidak dikongsi secara tidak wajar, dan akses pengguna ditutup apabila tidak lagi diperlukan. Klinik hendaklah memaklumkan kliniX melalui saluran sokongan jika mengesyaki penyalahgunaan akaun atau insiden keselamatan.

10. Data, privasi dan dokumen kontrak

Penggunaan data Klinik tertakluk kepada DPA dan Notis Privasi. Terma Perkhidmatan, DPA dan Notis Privasi menggunakan tiga kotak berasingan yang tidak ditanda secara lalai, setiap satu dipautkan kepada ID dan versi dokumen. Pemasaran menggunakan opt-in berasingan.

Notis Privasi BM dan English ialah satu dokumen ber-ID privacy, bukan dua persetujuan berasingan. Refund, pembaharuan dan keluar ialah seksyen dalam T&C ini, bukan consent tambahan.

11. Perubahan versi dan rekod penerimaan

Jika Terma ini berubah, versi baharu akan diterbitkan. Rekod penerimaan terdahulu kekal merujuk kepada versi yang diterima pada masa itu. kliniX boleh meminta penerimaan versi baharu apabila diperlukan sebelum pembaharuan atau penggunaan fungsi tertentu.

Hak atau liabiliti yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Terma ini tertakluk kepada undang-undang yang terpakai.

12. Had tanggungjawab

Setakat yang dibenarkan undang-undang, tanggungjawab kami kepada klinik anda di bawah terma ini terhad kepada jumlah yuran yang dibayar oleh klinik anda bagi tahun berkenaan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kerugian tidak langsung atau berbangkit.

13. Undang-undang terpakai

Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia, dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.